Wednesday, 19 December 2012

diari bakal cikgu pj-part II : TGfU

Baiklah murid2, hari ni saye nk terangkan tentang permainan kite pada hari ini..hehe...
mcm dlm kelas x? (feeling2 dah jdi cikgu sekejap)

ok, sebelum melalut xtentu pasal lagi...ni saye nk terangkan tentang TGfU iaitu Teaching Games for Understanding..di bina atau di cipta bertujuan untuk memastikan PnP (pengajaran dan pembelajaran) di dalam kelas bertambah menarik. tujuan lain, murid dapat menguasai kemahiran yang di ajar dengan mudah, membolehkan guru mengajar setiap kemahiran walaupun terdaat kekangan peralatan..

Secara dasarnya, TGfU ini adalah pemainan kecil yang diubahsuai atau diolah daripada permainan sedia ada..Guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencipta setiap permainan. TGfU terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kategori jaring, padang, pukulan dan sasaran. Contoh yang saya boleh berikan ialah kategori pukulan yang digabungkan dengan kategori padang. contohnya main rounders pakai bola tampar dengan kayu hoki. sebab bola tampar dipilih ialah bola ni ringan , so, klu dipukul dengan kuat pun, xla jauh sgt perginya..lagipun diameter bola besar, murid secara mudahnya dapat memukul bola ini secara tepat. perkara ini akan lebih memotivasikan murid untuk menguasai kemahiran memukul. Macam tu jugaklah untuk kategori-kategori yang lain tu. peralatan yang di pilih lebih memudahkan dan boleh memberi motivasi. 

seronok bermain ni, klu dah kiteorang yang mak-mak orang dengan bapak-bapak orang bergelak ketawa mase bermain TGfU, ini kan pulak murid-murid kat sekolah nanti..itula sedikit sebanyak tntang TGfU, pengatahuan pertama yang saya dapat mase mula2 masuk IPDA..

No comments:

Post a Comment